Gua rasa ramai je antara kita yang pernah kena approach ngan adik-adik yang mintak derma, claim dari sekolah anak-anak yatim.
Jual kalender, jual bum untuk sapu kalau sengal-sengal lutut. Minimum sumbangan RM10. Kadang-kadang adik-adik ni bertebaran di tengah-tengah ibukota sampai lewat malam.
Jual kalender, jual bum untuk sapu kalau sengal-sengal lutut. Minimum sumbangan RM10. Kadang-kadang adik-adik ni bertebaran di tengah-tengah ibukota sampai lewat malam.
- Kenapa adik-adik sanggup disuruh kerja sampai lewat malam? Mereka ni dibayar gaji ke? SOCSO? KWSP?
- Bukankah malam adalah waktu untuk adik-adik ni mengulangkaji pelajaran? Paling-paling pun pukul 10.30 adik-adik ni perlu berehat depan Astro untuk menonton rancangan sukan seperti Kejohanan Badminton Dunia atau gusti WWE.
- Adakah adik-adik ini digunakan untuk menjana keuntungan sesetengah pihak? Kalu satu kalender RM10, boleh mendatangkan keuntungan besar. Tapi uniform adik-adik ni tidak pernah pulak diupgrade ke kain sifon Paris.
- Adakah sekolah mereka tidak mendapat saluran daripada pihak kerajaan atau badan-badan swasta yang hakikatnya sangat pemurah? Dana berjuta-juta ringgit dah diluluskan. Mana perginya?
- Bukankah tugas untuk mencari sumbangan terletak pada bahu guru-guru atau kakitangan sekolah mereka yang bergaji dan berKWSP? Kalu perlu turun naik kementerian ke, pejabat-pejabat ke, naik lah.
- Adakah ini satu rejim MLM baru?
Apa pun jugak persoalannya, gua tetap berpendapat adik-adik ini perlu mengulangkaji pelajaran di asrama, bukan bekerja. Masyarakat kita adalah masyarakat yang pemurah. Tapi kita juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan.