Wednesday, April 7, 2010

"Lembaga peperiksaan kat ne?"

Gua kat putrajaya. Nak parking kat pejabat pentadbiran, tapi takde parking. Gua parking kat alamanda. Jalan maraton.... Sampai di kementerian pelajaran malaysia.

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Lembaga peperiksaan kat ne?"

"Encik jalan terus. Nampak kementerian kesihatan, sebelah kiri.

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Lembaga peperiksaan kat ne?"

"Sebelah sana encik, kat bangunan tinggi belakang tu. Encik turun bawah ikut tangga belah kiri."

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Lembaga peperiksaan kat ne?"


"Tu dia encik."

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Ni lembaga peperiksaan ke? Saya nak mintak salinan..."

"Encik gi lobby utama kat bangunan sebelah cik."

Cuaca panas.. Gua jalan.

"Ni lembaga peperiksaan ke?"

"Ye encik. Boleh saya bantu?"

"Bagi saya air sejuk satu gelas...."

.
.
.
.
.
.

Besar Putrajaya ni ye...

Tuesday, April 6, 2010

.....




Dah tak lame dah...



Friday, April 2, 2010

Bufday mak gua


Semalam ni tanggal 1 April 2010 (kalender yang ade main tanggal2 tu).

Umur mak genap 50 tahun semalam.

Tapi mak masih cantik mcm dulu, bibir tak pernah lekang dengan senyuman. Senyuman itu buatkan mak sentiasa nampak comel. Senyuman manis ini jugalah yang amil warisi, tapi senyuman mak tetap yang paling manis. Kurang kan manis dalam minuman ye mak. Tambah manis dalam senyuman takpe, kerana senyuman tidak bergantung pada subsidi kerajaan.

Mak,

Anak2 mak semua dah besar, makin dewasa. Tgk je lah perut dan pipi amil, makin naik. Bukti amil makin dewasa, layak kawen. Ni tgh dalam proses kempiskan balik nih. Kalu amil balik jb nnt, kite leh joging sama2 kat Hutan Bandar ke.. Kebun Bunga Istana ke... Lepas joging kite makan nasi lemak ye mak.


Mak,

Tahun ni amil hantar bunga je. Tadi dah call florist kat JB. Harap2 kejutan tahun ni menjadi. Kalu tak sampai, nnt amil bakar florist tu. Kalu sampai, amil belanja diorg roti bakar. Harap2 bunga tu cantik dan mak suka. Amil pilih warna pink, sempena warna kerusi plastic kat rumah amil. Pink untuk kerusi plastic memang tak cantik, tapi kalu jadi bunga cantik kot. Dia kate leh buat bunga besar sofa. Nanti dah dapat bunga sms amil ye mak.



Mak,

Terima kasih kerana besar kan amil dengan kasih sayang. Susah payah mak besar kan kami tak dapat kami balas dengan apa jua yang ada di dunia ni. All that I am, or hope to be, I owe to my angel mother, and she is you. Rasa macam baru malam tadi mak tido kan amil ngn kisah Sang Kelembai yang menegur penduduk kampung lalu mereka menjadi batu.


Puan Hjh. Fathiyah Bt Abu Kassim,

Selamat hari lahir yang ke 50, semoga hari2 mendatang akan lebih menceriakan dan membahagiakan kehidupan mu. Doa anak mak ini untuk kesejahteraan mak tak pernah putus selepas setiap solat.

"TQ...........................doakan mak sentiasa sihat....." (mak gua reply kat email opis gua)


Sunday, March 28, 2010

Earth Hour 2010


Kami warga VWM menyahut seruan dan usaha murni ini.

8.29pm



8.31pm

Anda bagaimana?


Thursday, March 25, 2010

Mari kite garu pale same2

Hari ni gaji....
.

Tolak EPF...
.

Tolak cukai...
.

Tolak ASB...
.

Tolak duit FD...
.

Tolak duit Insurans...
.

Tolak duit keta...
.

Tolak duit sewa umah...
.

Tolak duit kad kredit...
.

Tolak duit Astro...
.

Tolak duit Celcom...
.

Makan?
.

Minyak?





Alah, korang pun same jugak pening pale kan. Mari kite garu pale same2.

Kruk... Kruk... Kruk... Nyum2....



(April bufday mak gua. Nak bagi hadiah ape ek....? Bagi hadiah menantu cara jugak)

Wednesday, March 24, 2010

Baru gua perasan

1992


Baru gua perasan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gua mmg pesen hensem dari kecik.

Tuesday, March 23, 2010

Hari Hijau

Ding Dong! Pengumuman.

"Perhatian kepada semua staff, anda dikehendaki mematikan segala lampu ketika waktu rehat bersempena menyahut seruan kempen bumi hijau."

"Kepada yang bercadang untuk bekerja ketika waktu rehat, anda mestilah menyanyikan lagu Hijau Bumi Tuhan daripada XPDC secara senyap2."




Lu tau tak seminggu sebenarnye ade lapan hari? Hari hijau jatuh
pada hari hantar file.