Friday, October 3, 2008

Kenali Baju Melayu Teluk Belanga - Johor

Baju kurung Teluk Belanga juga lebih dikenali sebagai baju kurung atau baju kurung Johor. Baju ini boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.
Dari segi sejarahnya, baju ini mula dipakai pada zaman pemerintahan Sultan Johor, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar yang bersemayam di Teluk Belanga, Singapura pada sekitar tahun 1800-an. Justeru itulah ia dipanggil Baju Kurung Teluk Belanga dan ia juga merupakan pakaian kebangsaan orang Melayu Johor. Sejak itu pemakaian baju ini telah berkembang ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Baju kurung merupakan pakaian kebangsaan rakyat Malaysia dan banyak dipakai dalam majlis-majlis rasmi. Baju Kurung Teluk Belanga adalah labuh, dan potongannya longgar kerana dirusuknya berpesak dan di bawah lengannya pula diletakkan kekek. Potongan lehernya bulat dan berbelah di depan. Pada sekeliling tebukan lubang leher itu, jahitan tulang belut digunakan bagi mengemas dan memperkukuhkan lagi leher baju tersebut.

Baju yang dipakai oleh lelaki labuhnya adalah separas punggung, alas lehernya lebar dan mempunyai tiga kocek iaitu di dada kiri, di dada kanan dan di bahagian bawah hadapan baju, manakala baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita pula labuhnya hingga ke lutut dengan satu kocek di dada kiri atau pun tanpa kocek.

Kaum lelaki memakai baju ini dengan seluar panjang samada seluar Acheh atau Seluar panjut Kaum wanita pula memadankannya bersama kain samada kain dari jenis batik, songket atau sutera. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang bernama ombak mengalun, iaitu dengan lipatan-lipatan yang letaknya di rusuk kanan atau kiri. Kepala kain sarung lazimnya diletakkan ke belakang apabila dipakai dengan baju kurung ini.

http://malaysiana.pnm.my/02/02010104mel_kurungtlkblanga.htm

Ramadhan Summary

Memaparkan pelbagai warna-warni kehidupan sepanjang 30 hari bulan Ramadhan:

1. Episod off peak yang luar biasa dan peak menjelang cuti raya. Mereka datang ofis untuk bergayut sahaja.
2. Di awal ramadhan, hampir setiap hari bertarawikh. Di hujung Ramadhan, Isya’ pun di hujung dunia.
3. Siri berbuka puasa di masjid, di restaurant mewah, seorang diri, berteman, beramai2 dan bersama keluarga saling silih berganti.
3. Misi mencari Murtabak2 terbaik sekitar daerah JB. KL takde beb. Selection murtabak dari RM6 - RM14. Terbaik!

4. Shopping raya yang agak luar biasa mewahnya berbanding raya2 sebelum ini. Gara2 sistem credit card yang mudah dan licin. Cipet ke atas diriku sendiri…
5. Bermula kegilaan baru, bermain pool. Ini pun gara2 nak menghilangkan bosan ketika lunch hour.
6. Activity social sangat ketara dikurangkan, tapi konteks kurang itu adalah dalam konteks empunya blog.
7. Naik pangkat, revised salary. Syukur Alhamdulillah…
8. Meneruskan journey ke Johor Bahru untuk berhari raya bersama keluarga! Happy!

Saturday, September 27, 2008

212 Men Fragrance by Carolina Herrera


Nothing much, im just promoting this brand. Few guys and gals was askin me bout the fragrance that i use. They just loved it. Its 212 Men by Carolina Herrera! Thanks to Mijie for introducing me this brand, thanks to Nain for being the sole and exclusive supplier.
Lil bit background bout this fragrance. 212 Men is created by Carolina Herrera, introduced in 1999. This popular fragrance contains grapefruit, ginger, mandarine and green leaves, base of aqua musk. 212 is a trendy type of fragrance.
You will get compliments all day on this scent, not to mention plenty of ladies smellin all over you and all that. Guys, you should try this perfume! =)

Friday, September 26, 2008

KERJA + RAYA = KERJAYA

Dari tingkap level 21, kelihatan deretan kereta berpusu2 meninggalkan pejabat menuju ke destinasi masing2. Entah ke mana hala tuju nya aku pun xnak ambil tahu. Hujan lebat yang turun sebentar tadi sudah mulai reda.
Hari ini adalah hari jumaat terakhir untuk warga kota sebelum menyambut Aidilfitri. Terasa sayu di hati apabila masing2 mengucapkan Selamat Hari Raya dan bermaaf2an sesama sendiri. Rasa terlerai dosa2 kecil yang pernah berbenak di dada. Lega seketika... Terima kasih juga atas ucapan hari raya daripada sahabat handai bukan islam. I really2 appreciate it. Nanti aku bagi kuih raya eh..
Namun begitu, level 21 masih lagi meriah ngan kelibat warga2 profesional separuh khatam (Me, Zaher and Macha) dan Hantu2 muslim Svs (Kerol, Saoud, Shamsul dan Azad). Masih ade yang belum selesai, macam mane nak balik. Tajuk blog kali ini aku tuju kan kepada mereka yang terpaksa bekerja hingga hujung ramadhan dan juga kepada yang tak dapat cuti langsung. Sabar la ye...
Ucapan khas Selamat Hari Raya untuk:
Keluarga tersayang yang berada di Johor Bahru (Aku sayang korg sampai akhir hayat)
Sahabat2 serumah (paiseh, ches, azri)
Sahabat2 partners in crime (mjie, azri, pak abu, nain, asun, ijad dll)
Seteru2 Spinky Nirrajim (Hantu2 Svs dan yg lain2)
Warga2 melayu belacan yang amat aku hargai (Macha, Zaher, Pjep, Janggut, Jejaka R, Mr Qad, Nordin, Yom, riza, Ena, Kamila dan ramai lagi)
Warga2 karaoke yang ok (yani and the gang)
Sahabat2 puteri Taman ilmu dan Budi (Syai, Jiha, Shera, Mun, Yumna, Malin dll)
Sahabat2 putera Taman ilmu dan Budi (ramai sangat... huhu)
Gadis2 yang pernah aku kenali (..., ..., ..., dan ramai lagi)
Semua muslimin dan muslimat..
Maaf Zahir Batin aku pohon, dari hujung segala ke hujung segala...

Monday, September 22, 2008

NZ Garden Cafe


Last Sunday, Me+Zaher+Macha went for a normal hang out at the newly opened NZ Garden Cafe at Jalan Ampang. The cafe is located exactly next to the Public Bank building (sangkar sang mijie ketika waktu offpeaknye). Mission nak tengok Man U vs Chelsea, walau di rumah masing2 dah ade astro.

It was a normal Sunday night. As usual, I dont have anything to do, Macha dont have si Gula Merah on Sunday and Zaher's fionce is so far away in JB. Thanks to Zaher for initaiting the bujang lapok gathering and for NZ idea as well. Pjep have to work during the weekend, its ok bro, cari rejeki namenye.

Lets talk about NZ Garden Cafe first. Im quite surprise to know that NZ group has just opened their new cash machine near the KLCC area. Perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah sewanya. For those who are alert, the property price around KLCC area is believed to be around RM1,000 per sq. Gile dahsyat kaya Mamak2 KL ni.

The place is cool~ Berlatar belakang kan KLCC yang tersergam indah, ia secara automatic menjadi kan anda terasa begitu urban ketika menghirup Teh Tarik yang rasa nya tiada ubah seperti NZ di Wangsa Maju. Pelanggan yang hadir pun nampak nya tak mengecewakan. Gadis2 cantik, Penkid yang masih ayu mudah didapati di sini. Kalau si gadis ingin melihat kelibat jejaka kacak, kena la tunggu lepas raya. Kami janji akan lepak di sana lagi.

Banyak kelainan yang cuba ditampilkan. Dari segi presentation, hiasan dalaman yang menarik, deretan TV plasma yang tergantung, penggunaan pinggan mangkuk, cawan piring yang tertera perkataan "NZ" tentunya menambah credit. Makanan biasa la. Namun begitu, apa yang menarik perhatian kami adalah kebolehan pelayan yang mampu berlawak dan menjadi kami bodoh seketika ketika kami dikenakan "charge" RM1 untuk resit yang dicetak keluar. Good try mapley...

Selang beberapa meter dari tempat kami, terdapat sekumpulan pemuda yang berT-shirt merah sedang bersorak untuk pasukan Man U. Mereka adalah kenalan Zaher yang menceburkan diri dalam empayar perniagaan di sekitar Kuala Lumpur. Ukuran kejayaan mereka adalah kereta2 luar biasa mewah yang parkir di tepi kedai eg: Z5, porshe cayenne. Sempat juga kami berkenalan dengan salah seorang dari mereka. Contact~

Kiranya anda ingin melepak di Mamak dengan gaya yang boleh angkat hidung separa bahu, u can try NZ Garden Cafe. The price is slightly expensive as compared to other Mamaks. Tapi bagi anda yang sudi bertolak ansur untuk prestige, apa salahnya...

Saturday, September 20, 2008

Oh Gadis, Single kah dikau?


Anda kenal seorang gadis ini. Anda kerap berkonversasi dengan nya, bergelak ketawa, bergurau senda. Orang nya nampak cantik, manis, pendek kata segala yang ada padanya sedap di mata dan senang di hati anda. Dah berkenan...

Namun begitu anda tidak tahu status gadis itu. Adakah dia masih single atau sudah berpunya? Seribu satu topic perbualan telah berlalu, tapi soalan di atas masih belum mampu anda tanya kan. Takut disalah erti atau kurang beradab. Pernah kah anda lalui situasi ini?

Jangan risau. Ada satu tips mudah. Biarkan lenggok bicara anda dalam intonasi bersahaja, tanya kan padanya:

"Haha.. Btw, bf u panggil u ape ek?" (kantoi intonasi org JB)
"Oh, i belum ade bf la..." balas dia selamba.

Kan jawapan dah muncul... Selamat mencuba! =)

Tuesday, September 16, 2008

Terima kasih kerana sudi menziarahi mimpi ini


Siapa sangka, penangan filem romantis yang aku tonton sebelum tidur telah mengundang kau ke dalam mimpiku. Jauhnya jarak zahir kita langsung tidak terasa. Terima kasih kerana masih sudi berkongsikan mimpi, walau hanya itu sahaja yang mampu aku lalui.

Kau nampak ceria seperti biasa. Bibir mu tak pernah lekang dengan senyuman. Tawamu masih ceria walau sayup kedengaran. Bersilih ganti episod mimpi itu seolah ianya tak akan ada penghujung cerita. Sebelum aku terjaga, kau tidak ucapkan selamat tinggal. Aku tahu, mimpi ini pasti belum ada sudahnya dan biarlah ia tiada sudahnya.

Pagi itu aku tersedar, tersenyum terkenangkan mimpi semalam. Bangkit meneruskan kehidupan, biarlah yang tinggal hanya kenangan.